Sekadar gambar hiasan |
Umat Islam digalakkan melakukan amalan seperti bersedekah dan
memberi hadiah. Sedekah ialah pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri
kepada Allah SWT. Manakala hadiah, pemberian sebagai satu pujian, penghargaan,
kenangan dan tanda kasih sayang.
Amalan ini bukan sahaja dapat memperkukuh ekonomi Islam malah
dapat membantu fakir miskin serta mereka yang kurang bernasib baik.
Bagaimanapun, seorang pengguna internet berkongsi pengalaman
dirinya terkejut melihat reaksi seorang pengemis di jalanan apabila
menghulurkan derma dengan jumlah yang kecil.
Menurut wanita itu, susulan kejadian terbabit telah
menyebabkan dia makan hati untuk bersedekah lagi kerana merasakan pemberiannya
tidak dihargai.
“Kejadian ini mengubah perspektif aku tentang bersedekah.
Semalam aku ada bagi RM1 dekat seorang pengemis ni, dia duduk di kawasan kaki
lima bangunan sekitar Temerloh, Pahang.
Katanya dia merupakan mualaf.
“Waktu aku lalu depan dia, aku nampak bekas yang dia tadah tu
masih kosong lagi. Apabila lihat macam tu, timbul rasa kesian di dalam hati,
jadi aku masukkan seringgit untuk bantu saudara baharu kita ni. Kemudian aku
sambung jalan.
“Selepas beberapa meter melangkah, tiba-tiba terdetik rasa
nak toleh belakang, berkecai hati apabila aku terdengar dia (pengemis) cakap
begini…bodoh kedekut betul kasi seringgit je.
“Dia pegang duit RM1 aku bagi tu dan seterusnya campak semula
ke dalam bekas. Terkeluar air mata aku ni, pemberian seringgit ak tak dihargai,
terus rasa tak ikhlas, menyesal dan segan nak bersedekah lagi,” kongsinya
dengan nada kecewa.
Berdasarkan komentar yang dikongsikan, majoriti netizen
memberikan kata semangat wanita tersebut agar akan terus berbuat baik meskipun
mengalami peristiwa gelap ini.
Ada sebahagian individu lain turut berkongsi yang mereka
turut pernah mengalami perkara yan sama sekaligus telah membuatkan
masing-masing sudah tidak mahu bersedekah lagi kepada pengemis dan hanya
pertimbang sedekah kepada saluran yang betul seperti tabung masjid.
Kredit: Vocket
0 Comments