“Dia cuba ‘Muay Thaikan’ saya” – Suami Zahnita dedah jadi mangsa ganas isteri, 20 tahun sabar

“Dia cuba ‘Muay Thaikan’ saya” – Suami Zahnita dedah jadi mangsa ganas isteri, 20 tahun sabar


Suami kepada Zahnita Wilson membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keganasan bekas pelakon dan model itu.

 

Memetik mStar Online, Abdul Zackery Ghouse mendakwa tuduhan dia memukul Zahnita tidak benar sebaliknya dia mempertahan diri daripada perlakuan ganas isterinya.

 

Zackery juga mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap isterinya yang setiap tahun minta untuk diceraikan.

 

“Isu keganasan ini pernah jadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita). Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk Muay Thaikan saya.

 

“Sebagai manusia sudah tentu bila ada yang mahu menyerang kita perlu defensif. Bila wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?” katanya.

 

Difahamkan Zachery mendedahkan perkata itu dalam sidang media yang diadakan di rumahnya di Kuantan, Pahang petang tadi.

 

Lelaki berusia 47 tahun itu mendedahakan pergaduhan mereka pada November tahun lalu tercetus apabila Zahnita menyewa sebuah rumah tanpa pengetahuannya.

 

Menurutnya, rumah tersebut disewa untuk Zahnita menjalankan perniagaan makanan. Dakwa Zachery dia tidak tidak berpuas hati kerana sejak Zahnita memulakan perniagaan dia mula mengabaikan kebajikan anak-anak.

 


“Saya dapat tahu dia menyewa rumah lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya,” katanya.

 

Dalam pada itu, Zachery berkata dia mahu isterinya memberi perhatian pada keluarga apatah lagi anak bonsgu mereka menghidap autisme.

 

Terdahulu, perkongsian Zahnita menjadi perhatian apabila memuat naik gambar memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

 

Malah, Zahnita mendedahkan ianya bukan kali pertama dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga, malah kejadian itu pernah beberapa kali berlaku sepanjang 20 tahun perkahwinan.

 

Menurut Zahnita pergaduhan mereka tercetus apabila dia bertanya mengenai isu suaminya ada hubungan dengan wanita lain.

 

Kredit: mStar Online





Post a Comment

0 Comments