Dipandang sinis dekat set penggambaran sebab jalan lambat, tidak mematahkan semangat Haeriyanto Hassan untuk mencari nafkah

Dipandang sinis dekat set penggambaran sebab jalan lambat, tidak mematahkan semangat Haeriyanto Hassan untuk mencari nafkah


Pelakon Haeiryanto Hassan berkongsi pengalamannya berdepan persepsi kurang senang daripada rakan selebriti ketika di set penggambaran.

 

Pandangan itu kata Haeiryanto sekaan-akan 'mengejek' kekurangan dirinya yang berdepan masalah kesihatan.

 

"Mungkin ramai tak tahu, saya masih berlakon. Cuma tawaran yang saya terima ikut kesesuain keadaan saya sekarang.

 

"Sekarang ini saya banyak terima tawaran pegang tongkat atau watak-watak yang perlu saya naik kerusi roda.

 

"Keadaan dan perjalanan saya memang terbatas dan disebabkan itu juga saya perasan ada kawan-kawan seolah-olah bila lihat saya berada di set.. umpama saya ini menyusahkan sebab berjalan lambat.



"Pada mereka buat apa nak ke set kalau sakit. Saya tahu dan perasan itu semua.

 

"Awal-awal memang terasa sedih, tetapi lama kelamaan saya fikir untuk apa saya sedih. Peduli orang nak pandang saya macam mana sekalipun. Janji saya habiskan kerja saya dan tidak timbulkan masalah di set.


"Kalau kita susah bukan orang yang tak suka dengan kita yang nak datang tolong," katanya.

 

Haeiryanto nekad enggan menjadikan kekurangan dirinya menjadi penyebab disisihkan.

 

"Saya nak jadi manusia positif. Bagi saya ini cara rezeki saya. Apa yang penting kalau kita tidak boleh bekerja orang pun tak mahu panggil kita berlakon.

 

"Jadi saya tak nak sedih-sedih lagi macam baru-baru masuk set. Bila saya tahu orang mengata saya. Saya sedih. Itu semua tak penting.

 

"Yang lebih utama saya perlu fikir, saya ada keluarga yang perlu ditanggung," katanya.

Haeriyanto bersama keluarga


Dua tahun lalu, pelakon Haeiryanto dikejarkan ke Hospital Ampang (HA), Selangor, selepas dia mengalami strok ringan yang mengakibatkan anggota badan sebelah kiri kaku.

 

Dia kini masih perlu membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan tetapi tidak perlu lagi menjalani proses fisioterapi.


Kredit: AstroGempak




Post a Comment

0 Comments