Penduduk berhampiran sebatang jalan yang banyak lubang di
Wales Utara, United Kingdom (UK), baru-baru ini, mengambil keputusan untuk
menjadikannya sebagai tarikan pelancong.
Sky News melaporkan, langkah diambil penduduk adalah dengan
mendirikan papan tanda tertera tulisan 'Pothole Land' di jalan itu yang
terletak di sebuah perkampungan dekat Wrexham.
Menurut papan tanda itu, tarikan di situ adalah lubang
terdalam, terpanjang dan terluas di Wales.
"Dua kilometer (km) jalan berlubang yang memenangi
anugerah jalan sebenar dan sangat sedikit untuk merosakkan keseronokan
anda," tambah kapsyen pada papan tanda itu.
Petani tempatan, Donald Roberts, 76, memberitahu Sky News
bahawa kenderaan sukar melalui jalan berkenaan.
Katanya, keadaan jalan itu menambah kesukaran kerana dia
mengambil masa lebih lama untuk melakukan kerjanya.
Tim Raddock, 57, memberitahu Sky News bahawa keadaan jalan
itu amat teruk.
"Ia sentiasa berlubang kerana tidak mendapat perhatian
dan (saiz lubang) bertambah besar," katanya.
Papan tanda itu menarik maklum balas pihak majlis daerah yang
sudah memulakan kerja baik pulih.
Majlis Daerah Daerah Wrexham bagaimanapun enggan mengulas
lanjut berhubung isu berkenaan.
Kredit: Harian Metro
0 Comments