Mayat tanpa identiti ditemukan terapung

Mayat tanpa identiti ditemukan terapung


Satu mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Damansara berhampiran belakang sebuah gudang Seksyen 22 di sini, pagi semalam.

 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkenaan penemuan itu pada jam 11.14 pagi semalam.

 

"Siasatan awal mendapati mayat lelaki tidak diketahui identiti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat.

 

"Si mati ditemukan tertiarap dengan memakai kemeja-T merah hitam berlengan pendek dan berseluar panjang gelap serta tiada kesan suntikan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada bahu kiri.

 

"Pemeriksaan ke atas badan si mati mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Mohd Iqbal berkata, mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat pada jam 10 pagi bagi mengenal pasti punca kematian.

 

"Siasatan dijalankan di bawah mati mengejut (SDR) dan individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Amzar Mohamad Shuffie di talian 013-6666657," katanya.


Kredit: Berita Harian





Post a Comment

0 Comments