Pelakon drama bersiri 'Opah' Razali Buyong, diserang angin ahmar

Pelakon drama bersiri 'Opah' Razali Buyong, diserang angin ahmar


Pelakon veteran yang popular menerusi drama bersiri, Opah, Razali Buyong, 81, dimasukkan ke pusat perubatan, di sini, selepas mengalami serangan angin ahmar dan masalah saraf, kelmarin.

 

Razali berkata, dia juga tidak boleh berjalan tanpa dibantu ahli keluarga akibat masalah saraf di tangan dan kaki kanannya.

 

"Buat masa ini, doktor belum beritahu bila nak buat pembedahan dan hanya beri ubat untuk rawatan angin ahmar.

 

"Selepas merawat angin ahmar, baru doktor nak rawat masalah saraf kerana saya juga tidak boleh berjalan sekarang," katanya.

 

Razali berkata, dia juga perlu memakai alat bantuan pernafasan di hidung.

 

"Saya juga kurang selera makan ketika di wad dan tidak tahu berapa lama lagi akan dirawat di sini.

 

"Apapun, saya ucapkan terima kasih dengan layanan baik doktor dan jururawat. Selain jururawat, ada anggota keluarga iaitu anak-anak, menantu dan cucu yang bergilir menjaga saya di wad," katanya.

 


Pada masa sama, Razali mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menghantar ucapan dan mendoakan dirinya untuk segera sembuh.

 

"Saya juga boleh menerima pelawat pada waktu melawat ditetapkan. Selain itu, saya juga tidak kisah jika ada pihak yang mahu beri sumbangan dan sebagainya," katanya.


Kredit: Harian Metro






Post a Comment

0 Comments