"Saya tak fikir soal status duda yang penting bukan suami orang" - Amira Othman

"Saya tak fikir soal status duda yang penting bukan suami orang" - Amira Othman

 


Penyanyi Amira Othman, 31, tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan lelaki berstatus duda.

 

Bagaimanapun, Amira menafikan spekulasi sedang menjalin hubungan istimewa dengan duda 'hot', Fattah Amin seperti heboh diperkatakan, baru-baru ini.

 

Menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi di TV3, malam tadi, penyanyi lagu Jaga-Jaga itu berkata, hubungannya dengan Fattah tidak lebih sekadar rakan sekerja.

 

"Fattah adalah rakan kerja, kami berjumpa atas dasar kerja. Mana yang baik kita aminkan.

 

"Kalau tanya komen soal hubungan istimewa, memang tak ada. Kami kawan dan atas dasar kerja terjumpa di Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

"Tiada apa-apa yang boleh diulas, cuma Fattah orang yang sangat baik. Tapi, saya tidak boleh komen lebih-lebih kerana tidak manis sebagai seorang wanita," katanya.

 

Bagaimanapun, kata Amira, dia agak terkejut apabila kali pertama namanya terpalit dengan kontroversi.

 

Malah, Amira juga tidak menyangka perhatian diberikan terhadap isunya dengan Fattah.

 


"Saya tak sangka hingga macam ini sekali orang bercakap. Kalau tengok balik zaman dulu, orang selalu tanya kenapa saya tiada kontroversi.

 

"Tapi, kali ini mungkin terpalit sikit, tapi harap tidak memudaratkan kerana banyak hati saya dijaga terutama mak ayah," katanya.

 





Sementara itu, ditanya adakah tidak menolak seandainya ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berstatus duda, Amira mengakui, dia tidak kisah, asalkan bukan berstatus suami orang.

 

"Sejujurnya, saya tak terfikir soal status, bujang atau duda tak jadi masalah, asalkan bukan suami orang.

 

"Tapi, saya tak berani nak cakap lebih-lebih kerana tidak tahu apa yang baik untuk saya," katanya yang mengharapkan dipertemukan dengan seseorang tenang dan penyabar.


Kredit: Berita Harian





Post a Comment

0 Comments