Sejarah Natrah tamparan buat bangsa Melayu

Sejarah Natrah tamparan buat bangsa Melayu

 


Natrah Maarof atau nama asalnya Huberdina Maria Hertogh lahir pada 24 Mac 1937 di Kepulauan Melayu di Bandung. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Katolik, Natrah telah dibaptiskan oleh seorang paderi Katolik dalam tahun yang sama. Bapanya, Adrianus Hertogh, adalah seorang sarjan dalam Tentera Belanda. Ibunya, Adeline pula adalah seorang Serani berketurunan Scotland dan dibesarkan di Jawa. Kakaknya bernama Wiesje dan Corrie, sementara adiknya ialah Benny dan Karel.

 

Natrah, kanak-kanak Belanda yang membesar sebagai wanita Melayu


Natrah anggun berbaju kurung seperti wanita Melayu ketika itu


Pada Disember 1942, ketika Natrah berusia lima tahun, dia diserahkan untuk dipelihara oleh Che Aminah Mohamad tanpa pengetahuan bapanya yang telah ditawan oleh tentera Jepun. Che Aminah, yang berasal dari Kemaman, Terengganu, adalah seorang peniaga kain, barang kemas dan juga translator untuk askar Jepun di Jawa. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukanlah seorang pembantu rumah tetapi seorang penjaga yang baik. Natrah dibesarkan dengan nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

 

Natrah ke Tanah Melayu

 

Natrah dan Che Aminah

Semasa Che Aminah dan Natrah tinggal di Bandung sekitar tahun 1940-an, keadaan pada waktu itu agak tegang disebabkan orang Indonesia bencikan penjajah. Sentimen anti-penjajah, yang kuat menyebabkan  Che Aminah berasa risau dan telah berpakat untuk pindah ke Kemaman, Terengganu.

 

Perjalanan dari Bandung ke Kemaman pula bukanlah senang, Che Aminah terpaksa berbelanja 50,000 dolar Singapura untuk berpindah naik kapal stim. Kepala Natrah turut dibotakkan dan minyak hitam dilumurkan seluruh badan untuk sorokkan identiti Natrah sebagai orang “kulit putih”.

 

Pada 12 Disember 1950, hakim menjatuhi hukuman bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda dan dijadikan Katholik. Keputusan ini mencetuskan rusuhan Natrah kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa dengan keputusan tersebut.


Setibanya di Tanah Melayu, Che Aminah diarahkan untuk bawa Natrah ke Singapura dan ditawarkan sebanyak 500 dolar Singapura untuk serahkan Natrah pada mereka. Che Aminah enggan menyerahkan Natrah kerana begitu sayang seperti anak sendiri. Beliau telah disaman oleh mahkamah British dan perintahkan Che Aminah untuk meletakkan Natrah dibawah penjagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura (SWD)


Selepas sebulan diserahkan, Natrah kemudiannya telah berpindah hak jagaan ke Konsul Jeneral Belanda di Singapura. Natrah yang sebelum ini selalu memakai baju kurung telah mula dipakaikan gaun supaya menyerupai orang barat di mana Natrah sendiri tidak selesa berpakaian sedemikian. Semasa dipisahkan daripada Che Aminah, terjadilah drama air mata;


“Aminah mak saya. Mak sayang saya tak? Kalau mak sayang saya, jangan tinggalkan saya, jangan bagi lelaki ni bawa saya”- Natrah ketika dibawa pergi oleh Duta Besar Belanda di Singapura

 

Natrah memeluk Che Aminah ketika hendak dibawa pergi oleh pegawai Belanda 

Insiden selama 15-20 minit ini mula membuka mata ramai pihak lebih-lebih lagi apabila Che Aminah minta tolong orang di sekelilingnya untuk kembalikan Natrah kepadanya.

 

Sebuah tabung ditubuhkan untuk membantu kes rayuan Che Aminah dalam mendapatkan Natrah


Berdasarkan drama air mata antara Che Aminah dan Natrah tadi, Natrah’s Legal Aid Fund ditubuhkan untuk membantu kes rayuan Che Aminah. Pihak yang bertanggungjawab adalah Muslim Welfare Associations of Singapore. Che Aminah menang kes pada mulanya kerana mahkamah mendapati yang tuntutan Konsul Jeneral tidak berasas keran duta ini bukan bertindak bagi pihak ibu bapanya, tetapi atas kapasiti sebagai Konsul sendiri.


Natrah berkahwin, tapi dibantah oleh keluarga kandungnya di Belanda

 

Natrah berkahwin dengan Mansor Adabi

Natrah dibebaskan pada 28 Julai 1950, lepas 4 bulan bawah jagaan British. Empat hari selepas itu, dia terus berkahwin dengan Mansor Adabi atas dasar cinta, bukan paksaan seperti  yang akhbar Barat siarkan. Natrah berkahwin di usia 13 tahun manakala Mansor berumur 22 tahun.

 

Malang menimpa pasangan pengantin baru itu, apabila pernikahan mereka tidak sah menurut Undang-undang British. Dua hari selepas perkahwinan, surat saman dikeluarkan kepada Mansor dan Che Aminah bagi pihak ibu bapa kandung Natrah.

 

Perubutan Hak Penjagaan

 

Ayah dan ibu kandung Natrah


Pada 20 November 1950, hak penjagaan Natrah kembali direbut antara Che Aminah dan Mansor, dan keluarga kandungnya yang datang dari Belanda. Lebih kurang 300 orang berada di mahkamah sampai kawalan keselamatan dekat mahkamah jadi ketat sebab Adeline (ibu kandungnya) diugut bunuh.

 

Keputusan kes disebut Hakim Brown mengambil masa kira kira 45 minit:

 

“Setelah mengambil kira semua aspek untuk membuat pertimbangan daripada bukti yang diperolehi melalui perkahwinan ini, umur kanak-kanak (Natrah), peluangnya mengenali Mansor, dan tarikh perkahwinan berhubung dengan tarikh keputusan Mahkamah Rayuan, saya terpaksa menyimpulkan bahawa perkahwinan ini direka untuk menjejaskan prosiding ini, dan tidak adil kepada semua yang terlibat” – Hakim Brown

 

Kesimpulan untuk keputusan Hakim Brown ialah:

  •  Sebab Natrah/Maria Hertogh masih belum berumur 18 tahun, dia masih berada dalam hak penjagaan bapa kandungnya.
  • Kewarganegaraan Natrah mestilah mengikut kewarganegaraan bapanya iaitu Belanda.
  • Perkahwinan antara Mansor dan Natrah tak sah sebab dibawah undang-undang Negara Belanda, ikatan perkahwinan hanya sah selepas berumur 16 tahun dan ke atas (perkahwinan mereka terbatal kerana Natrah merupakan bawah umur dan undang-undang permastautinan)
  • Berdasarkan Hakim Brown lagi, ayah kandung Natrah mempunyai hak untuk menentukan agama yang dianuti anaknya, maka Natrah kena convert semula ke Kristian dan tak dibenarkan untuk menganut agama Islam:

 

“Huberdina Maria Hertogh mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya”

 

Mansor tergamam, manakala Che Aminah pengsan, dan Natrah menjerit dan terus menangis. Natrah berpegang kuat pada Mansor, manakala ibu kandungnya Adeline cuba untuk tarik tangannya daripada Mansor. Natrah sempat merayu pada Mansor untuk dapatkan dia semula macam mana cara sekalipun. Tapi, itu lah sebenarnya kali terakhir Mansor dapat melihat Natrah tanpa tanpa mengucapkan selamat tinggal.

 

 Rusuhan Natrah

 


Rusuhan berlaku bertitik tolak daripada keputusan mahkamah bahawa Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya yang menetap di Belanda, dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya menurut undang-undang Belanda. Hal ini kerana tanah jajahan (yakni Singapura) berada di bawah pemerintahan kolonial British. Dengan itu, Natrah, seorang pemeluk agama Islam telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dikembalikan kepada agama asalnya, Kristian. Keputusan ini mengecewakan masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu apabila Natrah akan dimurtadkan.





Seramai 18 orang terbunuh dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan polis British, dengan mana-mana warga British di Singapura telah diserang. Bangunan dan kereta berhampiran padang berdekatan mahkamah telah dibakar. Tumpuan utama ialah Masjid Sultan di Singapura. Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama 2 hari 2 malam. Perintah penangkapan perusuh pula digunakan dengan bagi membendung keganasan merebak.Terdapat juga protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.


Pada 13 Disember 1950, Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Natrah dilaporkan menangis sepanjang perjalanan ke kediaman keluarganya di Bergen op Zoom, Belanda. Sejak dari haritu, Natrah dipanggil Bertha.Natrah tiba di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam, Belanda,  pada 15 Disember dan disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda dengan sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Committee' yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.


Kehidupan Natrah/Bertha di Belanda



Di rumahnya di Bergen op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen op Zoom?'. Natrah meminta sejadah, bertanyakan kiblat dan tidak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.


Pada Januari 1952, Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. Pada 9 Januari 1951, Mansor Adabi menulis surat kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu. Surat kedua bertarikh 10 Januari 1951 menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan. Pada Mac 1953, Natrah menulis surat pertama kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor Adabi tidak menulis kepadanya lagi, menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh'.


Pada tahun 1954, Mansor Adabi berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri. Pada 20 April 1956, Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar. Mereka mempunyai 10 orang anak bernama Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

 

Pada 16 Ogos 1976, Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya, JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Pada tahun 1983, Bertha bercerai dengan Tom Ballermans, lelaki yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya, JG Wolkenfelt.


Pada tahun 1984, Bertha mengalami masalah kesihatan dan dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung. Pada 15 September 1984, Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel, seorang lelaki Indonesia. Bertha tinggal di Nevada, Amerika Syarikat, bekerja sebagai tukang masak, pengemas bilik hotel dan pencuci rumah.

 

Meninggal Dunia


Natrah/Bertha pernah ke Malaysia bertemu semula dengan ibu angkatnya Che Aminah dan kali terakhir datang ke Malaysia ketika beliau menziarahi pusara ibu angkatnya di Terengganu.





Pada tahun 1992, kerajaan Malaysia mengharamkan lagu yang berjudul "Natrah" nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah. Pada 8 Julai 2009, Bertha Hertogh atau Natrah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama.



Kredit: Soscili.my, wikipedia, 





Post a Comment

0 Comments