Video jijik remaja 15 tahun Marsya, bongkar sisi gelap ketagih seks

Video jijik remaja 15 tahun Marsya, bongkar sisi gelap ketagih seks

 


Sabak Bernam: Marsya (bukan nama sebenar) dibawa ke Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan selepas abang kandung terjumpa rakaman video 'jijik' dirinya bersama teman lelaki di dalam telefon pintar, Julai lalu.

 

Gadis berusia 15 tahun itu berkata, ibu bapanya bercerai ketika dia masih belajar dalam darjah enam.

 

Menurutnya, dia mula memiliki telefon pintar sendiri di usia masih muda sebelum berkenalan dengan ramai lelaki.

 

"Ketika darjah enam, saya dapat telefon pintar sendiri. Jadi saya guna peluang itu untuk bergaul bebas dengan ramai lelaki. Pertama kali 'terlanjur' adalah ketika berusia 13 tahun.

 

"Lelaki itu adalah sebaya dengan saya. Kami melakukannya selepas keluar makan. Dia membawa saya ke suatu lokasi sunyi sebelum berakhir dengan hubungan seks. Dia hanya kawan biasa bukan kekasih saya.

 

"Sejak itu (bermula 2020 sehingga Jun lalu), saya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki termasuk yang saya kenali menerusi dating apps," kata anak bongsu daripada lima beradik itu.

 

Disebabkan ketagihan melakukan seks dengan kawan lelaki, dia juga pernah menipu ibu bapa yang tinggal di daerah berbeza.

 

"Adakalanya saya tinggal dengan ibu, kemudian tinggal dengan ayah secara bergilir. Jadi, mereka tidak tahu aktiviti saya dengan kawan lelaki. Mereka tidak syak apa-apa.

 

"Ibu bapa tidak begitu mengambil kisah aktiviti saya... kakak abang pun sama. Mereka tidak ambil peduli pelajaran atau bertanya khabar. Kerana itu saya banyak memendam rasa dan mencari kawan di luar.

 

"Saya guna peluang itu untuk melakukan hubungan seks dengan kawan-kawan lelaki di pelbagai lokasi termasuk di rumah, hotel tanpa mengira siang atau malam.

 

"Saya mengaku pernah melakukan hubungan seks dengan sembilan kawan lelaki. Saya langsung tiada perasan cinta dengan mereka," katanya.

 

Gadis bertubuh kecil itu berkata, semua aktivitinya terbongkar apabila salah seorang abangnya memeriksa telefon pintarnya Julai lalu, dan menemui bukti kegiatan seks dilakukan.

 

"Saya kemudian diheret ke balai polis. Malah sembilan kawan lelaki yang pernah melakukan hubungan seks dengan saya turut ditahan polis.

 

"Saya kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebelum JKM menyarankan saya dihantar ke sini untuk menjalani pemulihan," katanya.

 

Sejak mula dimasukkan ke pusat berkenaan sehingga kini, banyak perubahan positif pada dirinya terutama membabitkan aspek disiplin diri.

 

"Saya tergerak hati untuk berubah menjadi lebih baik. Alhamdulillah, saya gembira di sini, saya dapat banyak ilmu agama. Bila keluar nanti...saya mahu mulakan kehidupan baru dan bangkit semula. Malah, saya mahu menyambung pelajaran.

 

"Saya menyesal dengan apa yang saya lakukan sebelum ini dan semua ini adalah salah saya sendiri," katanya.


Kredit: Harian Metro





Post a Comment

0 Comments