NARATHIWAT, THAILAND – Lori Penjara Wilayah Narathiwat
membawa penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima lagi individu yang sebelum ini
ditahan bersama 6,000 biji pil kuda tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini
untuk prosiding pendakwaan.
Kenderaan tersebut tiba di pekarangan mahkamah pada pukul
9.11 pagi waktu tempatan.
Penyanyi sohor dan lima lagi individu dijangka didakwa atas
dua pertuduhan iaitu kes dadah dan Akta Imigresen Thailand.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwa Raya Wilayah Narathiwat
di hadapan Hakim Yuan di bilik 9 di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini pada
tengah hari waktu tempatan.
Lebih 10 petugas media dari Malaysia dan Thailand berkumpul
di pekarangan mahkamah tersebut bermula pukul 8.30 pagi waktu tempatan untuk
membuat liputan kes tersebut.
Selepas 74 hari ditahan
reman di Penjara Wilayah Narathiwat, penyanyi wanita Kelantan bersama suaminya
serta empat yang lain akan didakwa di mahkamah hari ini.
Mereka berenam ditahan pada 1 November tahun lalu selepas
pihak berkuasa Thailand menjumpai 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah
hotel di Sungai Golok.
Kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia 25 hingga 34
tahun ditangkap dalam sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat
hiburan yang terletak di tingkat bawah hotel berkenaan.
Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka juga positif dadah.
VIDEO:
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments