Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram
@petronassrihartamas, butang kecemasan terbabit bukan hanya boleh ditekan oleh
staf, malah orang awam juga boleh menekannya.
Umum mengetahui, minyak petrol bersubsidi RON95 hanya boleh
digunakan oleh kenderaan bernombor pendaftaran Malaysia sahaja.
Bagaimanapun, masih ada segelintir warga asing yang memandu
kereta dari luar negara yang mengisi RON95 memandangkan harganya jauh lebih
murah berbanding RON97.
Sebagai rakyat Malaysia, kita pasti akan berasa marah jika
melihat kejadian tersebut, selain merakam untuk dijadikan bahan bukti, kita
sebenarnya boleh bertindak menghentikannya.
Staf Petronas kongsi kegunaan butang ‘emergency’
Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pekerja stesen minyak
Petronas di Sri Hartamas, Kuala Lumpur berkongsi kegunaan butang ‘emergency’
yang ada pada setiap pam minyak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram
@petronassrihartamas, pekerja Petronas yang dikenali sebagai Jamal itu
menyatakan bahawa butang terbabit bukan hanya boleh ditekan oleh staf sahaja,
malah orang awam juga boleh menekannya.
“Bila korang tekan butang ini (emergency), semua minyak yang
keluar akan automatik berhenti keluar daripada pam, korang tekan ‘nozzle’ pun
tak akan keluar, jadi jangan takut untuk tekan jika berlakunya kecemasan,”
katanya.
Singaporean...dengar ni...😂
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 1, 2025
Nampak no plat kereta luar isi minyak kuning? Tekan butang emergency. pic.twitter.com/t0KozdM396
Orang awam boleh tekan butang ‘emergency’ jika nampak
kenderaan asing guna RON95 – SH
Menurut Jamal, kecemasan yang dimaksudkan adalah seperti
kebakaran dan berlaku ketumpahan minyak akibat kerosakan nozzle dan sebagainya.
Jelas lelaki itu, selain perkara terbabit, orang awam juga
boleh menekan butang kecemasan berkenaan sekiranya melihat kenderaan dengan
nombor pendaftaran asing mengisi RON95.
Jika sebelum ini, kita hanya melihat, menegur dan merakam
kejadian warga asing mencuri RON95, kini kita boleh menghentikannya.
Biar kenderaan asing isi RON95, pengusaha minyak boleh
diambil tindakan
Sekadar info, pengusaha stesen minyak yang membiarkan
kenderaan asing mengisi RON95 boleh diambil tindakan mengikut Peraturan 12A
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 di bawah Peraturan 21(1) dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Pengusaha stesen minyak boleh didenda tidak melebihi RM1 juta
atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika
disabitkan kesalahan.
Kredit: BUZZKINI
0 Comments